Faktual.id
RAGAM INFO

“Kerajaan pertimbang semula vaksin Pfizer untuk remaja”

Kerajaan kini mempertimbang semula keputusan sama ada akan membenarkan kumpulan remaja menerima vaksin COVID-19 Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata ia susulan wujud risiko keradangan pada jantung iaitu miokarditis dan perikarditis seperti dilaporkan di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Singapura.

Bagaimanapun, Khairy menegaskan isu itu tidak menjejaskan keputusan kerajaan terhadap jumlah perolehan vaksin Pfizer, yang dilaporkan mencecah 44.8 juta dos.

“Kesan sampingan miokarditis dan perikarditis bagi vaksin Pfizer dibentang di peringkat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

“Kita sedang pantau perkembangan kesan sampingan itu, tetapi ia tidak mengubah keputusan perolehan kita bagi vaksin Pfizer.

“Cuma ia ada kaitan sikit dengan keputusan sama ada kita nak beri Pfizer kepada golongan remaja disebabkan insiden miokarditis dalam kalangan remaja lelaki agak tinggi.

“Selepas ini akan diadakan mesyuarat antara saya, Menteri Kesihatan dan Menteri Pendidikan untuk bincang perkara ini,” katanya pada sidang media mingguan secara maya, hari ini.

Miokarditis adalah radang pada otot jantung, manakala perikarditis ialah radang pada lapisan luar jantung.

Gejala dikaitkan dengan miokarditis atau perikarditis termasuklah sakit dada, perubahan pada kadar degupan jantung serta kesukaran bernafas.

Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 18 tahun ke atas boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

Ia susulan kelulusan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bagi golongan berkenaan.

Ditanya mengenai dakwaan penerima dos pertama AstraZeneca akan menerima vaksin jenis berbeza untuk dos kedua, Khairy berkata, Malaysia belum membuat keputusan berhubung penggunaan kaedah heterologus, atau campuran vaksin setakat ini.

Katanya, penerima dos kedua tetap menerima jenis vaksin sama dengan dos pertama buat masa ini.

“Pakar jawatankuasa teknikal membentangkan kepada JKJAV mengenai data awal berhubung vaksinasi heterologus, atau campuran vaksin,” katanya.

Khairy menjelaskan walaupun terdapat perbezaan kadar keberkesanan vaksin berlainan terhadap varian of concern (VOC) Delta, semua vaksin masih memberi perlindungan terhadap virus itu.

“Berdasarkan data terkini dari Indonesia yang merekodkan jumlah varian Delta tinggi, vaksin Pfizer, AstraZeneca atau Sinovac masih berkesan melindungi petugas kesihatan di negara itu, dari segi mengurangkan kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kematian.

“Walaupun ada perbezaan tahap keberkesanan, ketiga-tiga vaksin tetap berkesan melindungi penerimanya daripada kesan serius jangkitan VOC.

“Maka, terima apa saja vaksin diberikan, sama ada Pfizer, AstraZeneca atau Sinovac,” katanya.

Sumber

Related posts

BNPB Mengatakan Wilayah Terdampak Banjir Di NTT Kekurangan Dokter Dan Alat Medis

Tim Kontributor

Sosok Pengusaha Almarhum Akidi Tio Membantu Dalam Penanganan Covid 19

Tim Kontributor

Aturan Perjalanan di Dalam Negeri Saat Corona Melanda

Tim Kontributor

Leave a Comment